Sunday 31 May 2009

Hari aku berada di Kajang .....

Salam... sedar tak sedar ak sudah berada di Selangor....



huhuhuh citer nye mcm ni... seperti yg telah ak cerita kan sbelum ni... ak akn ke KL pada 30hb untukambil abe ak... tp... semalam kete baru jew siap servis.. uhhuh smalam dah cancel perjalanan ni... parent ak takut jadi apa2 .. al maklum lah kete baru jew siap......



menjelang tiba malam 30hb Mei... parent ak putuskan jadi lak... takut abe ak dah rancangkan tiba2 tak jadi... takt kecian...hehehehe....

Sunday 24 May 2009

sweet memory

budak2 yg lahir pd thn 80′an mesti ingatmase skola rendah dulu:

-kat skola ade salesman jual bukucerita. ari ni bg list, esok mintak duitbeli walaupun cerita buku tu dah tau.salesman susu pon camtu gak.

-kat library, budak2 mmg baca buku tpjust tengok gamba je. bile ade programNilam, sebok semua nak pinjam buku.

-RMT kat skola mkn x best, tp ygberduit pon join RMT, x phm….

-pakai pensel box yg bole bukak dpnblkg, pastu ade sharpener kat tgh2 die.

-main lwn pemadam, syg nak guna utkpadam. padahal itu fungsi sbnr, utk padam!

-pakai pembaris yg bergerigi, kat dlmade air pastu ade bende berkilat dlm air tu.

-cikgu pakai pembaris kuning pjg. Adepemegang kat tgh2 tp x penah nmpk cikgupgg pon kat situ.

-bulu ayam jd ramping krn seringdijadikan rotan.

-time pendidikan seni, lukis sume bolehtp bile time kaler sume hampeh. ade gakbuat anyaman pakai kertas warna, kolaj
la, ape la…

-main game 2D. super contra, super mario, street fighter, sume pakai tape.

-jam tgn Boy London jd idaman, sbb bole tuka2 kaler ikut suhu n cuaca.

-takut BCG tp lepas inject poyo la pulak…

-balik skola beli JoJo xpon Dendang. Tora pon best gak. Beli se mata2 nakmainan, coklat die x mkn pon.

-Kasut berlampu kat tapak, yg iklan die kat tV bole tembak alien tu…

-Siri kartun; power rangers, ultraman,transformers, ninja turtles,Thundercats, maskman, Gaban dan mcm lg.
jgn lupe sume ni sbb zaman skrg budak2 xsmpt lyn bende2 ni. kite akan sentiasaberubah, cume asal-usul kite ygpermanent. huhu

~pas r kt member2 korang….mesti diorg tersengeh2 bace mende nih…hehehee..

Saje2 posing masa hantaq Barang adeq kat kompleks YIK


Aku sayang Negeri KU...!!!!

Ya ALLAH yang Tuhan Ku Letakkan lah aku didalam orng2 yang beriman , soleh lagi Musleh. dan berikan lah aku Isteri yg beriman lagi soleh wal musleh... amin....


My little sis. say "Ya Allah jadikanlah aku isteri yg soleh lagi musleh suatu hari nanti amin..."



Renungan sorg hamba akan masa depannya...


Saturday 23 May 2009

Cuti Sem Buat AmaL...

salam....

Alhamdulillah lebih kurang pukul 4++PM 22 mei 09 ana dan abang ana selamat sampai Rumah (kg) dari Paka, tganu (Umah abe) kalau nak dikirakan ana dah sampai kat KOta Bharu dlm pukul 12 tgh hari... tapi kitong singgah Kat Royal Guest house ambil isteri abe ana yg baru abih kursus ... and tiggal isteri abe ana kat KB malll manakala kitorg g solat Jumaat ....

sorry lama tak post .. coz 20hb kena g PAka teman abe dan 22bh baru balik KB.... huhuhu penat2...... apa2 pon ana dapat ilmu baru dalam masa 3hari 2 malam tu..... ALhamdullillah.....


huhuhh... lari citer lak haha... :P

ni awal2 cuti sem aka buat program Lawatan "3in1", 11-14 Mei...
pastu boleh lah rehat kat umah 2,3 hari gak...
120hb g paka dan balik 22hb jadi drive bantuan dan teman abg ak blik umah dia.... 30 hb ni kena g KL lak ambil abg ak kat KLIA ddengan kete dia dari Klate.... balik Paka 1 Jun, 2Jun balik Kelate lak...hahahahahahha letih jew nampak...... nampak nye cuti sem ni jadi drive abg ak jew... :) nak buat macm mana org baik heheheh.. baik kew???

dah lah kat Kelate kena hantaq ambil adik aku y skolah lak.... adoh...
mcm mana rancagan aku ct sem ni..
ajak nya ak nak tanam tebu kat tanah kong tepi umah ak.... t boleh lah jual air tebukat kedai kak ak.... ape2.. semu yg berlaku ada hikmah nye... : )

Tuesday 19 May 2009

Lawatan "3in1" UiTM penang datang Ke Umah ...

Assalamualaikum......

pada pukul 10.00 pagi sampai lah rombongan dari stdent UiTM Pinang yg dipimpin oleh Ahmad Hawari... dalam misi LAwatan "3in1" (Akedemik, Motivasi dan Kepimpinan) ke Terengganu dan Kelantan..... selama 4hari 3 malam....\



berposing jap hehehe


nak dipendekkan citer ...


saya citer masa kat umah saya dah lah ya...... heheheh


bus uitm sampai di kg ku lebih kurang pukul 10++ pagi....
dalam robongan ni ak menjadi memandu pelancong huhuhuh..
kat umah saya , saya letakkan aktvt Motivasi iaitu perkongsian dari adeq dan ayah saya...
lepas slot motivasi kitorang makan2.. hahahaha
ni ada lah first aktiviti dalam family saya , persatuan saya dan UiTM saya buat aktivi di umah Student.... hehehehheeheh masuk malaysia book of record .... (Biaq tak masuk pon huhuhuhu)


time make fooooh best make nasi dagang yg mak aku tempah kat jiran sebelah pagaq umah aku jew...... ramai gak membe2 aku yg mintak tapau.... tapi sori kawan2... nasi dagang abih lak huhuhuhuh....... bajet lari sikit......


apa2 pon memang catat sejarah lak aku bawa member aku seatu fakulti dari satu UiTM masuk Umah aku... eh bukan satu UiTM tp Satu bas jew hheheheheheh :P
peristiwa ni pada 14 Mei... aku taip bendaalah ni 20hb Mei 09.... sambil2 tgok Tv1 perlawana bola sepak antara Perlis dan Kelate setakat ni 1-1 lagi.....


ni aku kongsi sikit sbanyak gambaq xtvt uitm dtng umah ak....





Jemput2 masuk ...

Sesi Perkongsian Ilmu..



Sesi Tanya menanya selepas Slot perkongsian lmu



Aik relax nampak.... ni time lepas slot perkongsian ilmu..


jom3x... tgok apo tu??




Jumput make Nasi dagang semo...





Beselera nampak :)
sori lah tak leh nak tapau nasi buat cukup2 jew hehhehe :p

p/s - ak biuat pgram ni sebonar nye nak balik umah free....
heheheh al maklm lah tambang bus dah naik dari butterwort ke KB Rm44 something baikk buat prgram rm 15 jew...
dapat baju, button, makan ikan bakaq, nasi dagang dan cenderahati dari umah aku lak.hehehe boleh bawa member2 datang umah ehhehehe :P
k lah apa2 thanks pada semua AJK2 yg telah menjayakan program nii.... dan pada Ema Timbalan k,pgram ku thanks atas keberanian berkorban dalam pgram ni utk tema hantaq peserta kita balik jumpa mak dia yang ditakdirkan Pergi meghadap Ilahi pada hari bertolak program tu....
Wassalam.....
Intelektual Pancaran Globalisasi...
Salam sayang dari keluarga PMKE 2009

Maaf dan ampunkan ...

Assalamualaikum.... maaf kerana lama tidak mengaktifkan Blog AHHA-Group ni.. almaklum lah sejak memenjak dinaikkan pangkat menjadi Big boss Or Presiden Persatuan Mahasiswa Kejuruteraan Elektrik (PMKE) di UiTM Pinang ni....

susah sikit nak lapangkan masa untuk tulis blog ni... hehehehehhe :P
skarang niat di hati nak on balik blog ni... apa2 pon thanks dan tahniah sapa2 yg sudi melapangkan masa singgah kat blog saya ni... : peace

..::Benda yg Kwn Aku Yg Bermasalah Suruh Buat::..

Rahsia pemakanan genius Islam..

~> MADU

Al-Quran mengiktirafkannya sebagai "shifa'" iaitu penyembuh penyakit. "Raja Ubat", dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Rasullullah s.a.w bersabda, "Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu".

~> KISMIS

Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak.

~> SUSU SEGAR

Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.

~> TELUR

Sabda Nabi s.a.w, "Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia)lemah badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur". Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

~> HALIA

Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa.

~> LIMAU OREN

Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau - limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.

~> BUAH DELIMA

Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari."

~> DAGING BURUNG MERPATI

Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak - kanak.

~> OTAK DAN DAGING AYAM

Otak ayam yang segar boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.

~> DAGING BIRI-BIRI

Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.

~>HATI

Terutamanya hati ayam kampung (ayam besa kena suntik..xelok) dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.

~>KEKACANG

Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak.

~> ZA'FARAN : KOMKOMA (CROCOS SATIVUS)

Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja.

~> KEMENYAN PUTIH

(kemenyan serani/luban/kundar) Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.~> BUNGA KOBIS Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.

~> LABU

Sabda Nabi s.a.w., "Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal".

~> MINYAK SAPI

Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.

~> SAYUR-SAYURAN DAN BUAH-BUAHAN SEGAR

Juga membantu meningkatkan akal dan memori. Buah kedekai (MANJALAWI) dapat menguatkan hafazan dan tenaga badan.aspek-aspek ini terkandung dalam AQ dan as-sunnah.. jadi, wajarlah kita mengamalkan segala perintah Allah dan mencontohi sunnah Rasulullah.. "Aku tinggalkan kepada kamu 2 perkara dan kamu tidak akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada kedua-duanya iaitu kitab Allah dan sunnah Rasulullah.."

1. Siapa anda (apa hakikat diri anda)?
Seorang hamba Allah..drpd berjuta2 benih, diri ni yg dipilih utk lahir ke dunia..yg terbentuk dr percantuman sperma dan ovum..

2. Dari mana anda datang?
Asalku dari Nabi Adam dan isterinya, Hawa yang diciptakan Allah.. segalanya dari Dia~

3. Kenapa anda berada di sini (alam dunia)?
Sesuatu yg dlm pencarian..

4. Ke mana anda akan pergi?
Selepas ini ke alam barzakh sebelum ke mahsyar.. selepas itu segala amalku akan dihitung.. syurga ataupun neraka(nauzubillahiminzalik).. harap2 tergolong org yg msk ke syurga..

5- Apa tujuan hidup?
Mencari keredhaan ALLAH..

6- Dan apakah hakikat mati?
Mati adalah permulaan kehidupan yang sebenar-benarnya.. "Jangan kau hiraukan dunia kerana dunia itu merendahkan yang tinggi dan meninggikan yang rendah.."~Pemikiran manusia sudah pasti tidak mampu memahami segala kekuasaan dan kebijaksanaan Tuhan yang menunjukkan kita jalan yang lurus~