Saturday 31 May 2008

Muda Hanya Sekali…

Muda Hanya Sekali…
Pejam celik pejam celik, tahun 2007 masihi telah melabuhkan tirainya. Begitu juga tahun 1428 hijrah yang bakal meninggalkan kita. 2007 dan 1428 tidak akan kembali lagi, yang tinggal hanyalah kenangan dan nostalgia. Walau bagaimanapun, segala perilaku, tindakan dan perbuatan anak-anak Adam yang lalu, baik atau buruk, telahpun dicatat kemas oleh Raqib dan ‘Atid sebelum dibawa ke mahkamah Rabbul Jalil di Mahsyar nanti. Maka, adalah sebaiknya kita iringi pemergian kedua-duanya dengan istighfar dan taubat.
Usia muda dikatakan waktu yang paling mencabar, malah ada juga yang mengatakan usia muda adalah waktu yang paling seronok dan pelbagai tanggapan lagi terhadap masa muda. Sabda Nabi S.A.W:
”Rebutlah lima perkara sebelum lima perkara ;
hidup sebelum mati,
sihat sebelum sakit,
masa lapang sebelum sibuk,
muda sebelum tua, dan kaya sebelum miskin”.
(Riwayat al-Baihaqi).

Bagi mereka yang berfikir, waktu muda merupakan salah satu nikmat besar yang perlu disyukuri dan dimanfaatkan dalam usaha mendapatkan mardhatillah (keredhaan Allah). Apabila diri sudah tua kekuatan fizikal dan mental sudah berkurangan. Sabda Nabi S.A.W:
“Sesiapa yang sudah menjangkau umur 40 tahun, sedangkan kebaikannya tidak mengatasi kejahatannya maka bersedialah untuk ke neraka”. (Riwayat Ibnu Abbas).
Siapa orang muda? Usia muda boleh dikatakan bermula seawal akil baligh, lebih kurang 15 tahun sehingga 40 tahun. Di antara pemuda-pemuda Islam yang gemilang ialah pemuda-pemuda Ashabul Kahfi. Kisah pemuda gua ini bersama anjingnya yang bernama Qitmir dicatat di dalam Surah Al-Kahfi. Firman Allah S.W.T :
“Kami ceritakan kisah mereka kepadamu (Muhammad) dengan sebenar-benarnya. Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan kami tambahkan kepada mereka petunjuk”. (Surah Al-Kahfi : 13)
Keimanan mereka kepada Allah tidak tergugat dengan kekejaman Raja Dakyanus yang memerintah pada zaman itu. Mereka terpaksa berlindung di dalam gua untuk mempertahankan iman dan seterusnya tertidur di dalam gua tersebut selama 309 tahun dengan izin Allah. Ketabahan mereka berhadapan dengan ujian getir seharusnya dicontohi. Di saat generasi muda yang lain sibuk dengan hiburan dan keasyikan dunia, mereka gigih mengejar kehidupan akhirat. Mereka memilih untuk beriman kepada Allah. Pastinya di akhirat mereka akan bersukaria di dalam syurga yang Allah janjikan.

Aku... seorang Hamba

aku..
seorang hamba yang selalu lupa kepadaNya jika dalam keadaan senang..
seorang hamba yang tau ilmunya tapi tak pernah bisa mengamalkannya..
seorang hamba yang selalu tak berdaya atas godaan syaitan laknat..
seorang hamba yang selalu tak kuasa menahan nafsu tuk berpaling dariMu..
seorang hamba yang selalu tak pernah puas dengan segala kenikmatan yang Kau beri..
seorang hamba yang tak pernah puas dengan segala kepahitan yang Kau uji..padahal seharusnya ku tahu itu semua baik untuk diriku..
seorang hamba yang selalu tak punya kesabaran untuk ikhlas dengan kesusahanMu..
seorang hamba yang selalu sombong dengan sedikit ilmu yang Kau amanahkan padaku..
seorang hamba yang saat ini masih selalu mengharap kasih sayangMu dalam menjalani kehidupan ini..
seorang hamba.. yang saat ini benar2 ingin taubat nashuha..

Thursday 29 May 2008

Salam... Manager of AHHA-Group jatuh Sakit

Assalamualaikum adn salam...

perhatian kepada sahabat2 and mereka yg terlibat...
manager of AHHA-group mengalami kesakitan di Tangan kanan akibat terjatuh...
beliau terjatuh bukan dari katil tetapi terjatuh sebaik saja memijak kaki kanan kelantai...
ini kerana kaki beliau terasa kebas2 semasa bangun dari tidur...
tangan kanan beliau mengalami kesakitan...
setakat ni tiada rawatan yg dilakukan... hanya urut sendiri jew..
peristiwa ini berlaku pada pukul 3ptg bersamaan 28mei2008 di rumah beliau..

sama2 lah kita berdoa agak belai Ahmad Hawari Bin Husain cepat sembuh...
wassalam....

Wednesday 28 May 2008

Mata

Mata dari tubuh tempatnya di kpala dan mata dari jiwa tempatnya di hati, tubuh apabila dipukul x bgitu sakit, yang paling sakit ialah apabila jiwa yg dipukul, kerna yg dikatakn manusia ialah jiwanya, sedangkan tubuh hanya tempat persinggahan sementara...
Mata hati dpt melihat apa yg x dapat dilihat dgn mata biasa, kerna penglihatan mata hatilah Nabi Ibrahim x gentar dibakar, dan Mashitah x gentar direbus oleh Firaun...
(Hukamak)

Tuesday 27 May 2008

PERHATIAN kepada Xclassmate 5 Civil Engineering Studies 1

Salam....

Perhatian Kepda semua eXclassmate 5 Civil Engineering Studies 1
Pihat penganjur dari x5pka1 akan buat REUNION di pantai TEluk Lipat rasa nya...
Pada 14Hb Jun..
Harap semua yg terlibat dapat HAdir kan Diri,..
Salam Ukhuwwah,,,

Friday 23 May 2008

Petua Imam Syafie..

Empat perkara menguatkan badan

1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan

1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata

1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata

1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran

1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI

Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan
bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' AHLI IBADAH

Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat
malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA

Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak
dimakan.

4. TIDUR SYAITAN

Menelungkup/ tiarap seperti tidurnya ahli neraka.


* Kalau rajin .. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara
Muslim - Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada kita semua. Ilmu
yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang
mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Thursday 22 May 2008

The ABCs of Friend


A true friend:

Accepts you for who you are,
Believe in you,
Calls you just to say, "hi!"
Doesn't give up on you,
Envisions the best for you,
Forgive your mistakes,
Gives unconditionally,
Helps you,
Invites you over,
Jokes with you,
Keeps you close at heart,
Likes you for who you are,
Makes you happy,
Never judges without reason,
Offers support,
Picks you up,
Quiets your fears,
Raises your spirits,
Says nice things about you,
Tells you the truth,
Understands you,
Values you,
Walks beside you,
"X"-plains things you don't understand,
Yells when you won't listen and
Zaps you back to reality



let us know about our true friends.


Salam.... Sila lah KOmEN

Salam dan peace open to you all..

ermmm....
kepada Semua Ahli2 AHHA-Group and to all visitor my blog ...
Thank you for visit..

memandangkan korang dah visit .. Pihak kami mengalu-alukan Komen anda
di setiap Post..

Bagi meningkatkan lagi mutu dan kuality kami.... kami mengharapkan komen dan cadangan dari semua pihak...
Kerjasama dari anda kami alu-alukan...

wassalam....

Sunday 18 May 2008

Muslimah and Her Pictures

MUQADDIMAH

Terkadang bila melayari weblog-weblog rakan, menjelajah ke dalam dunia maya bagi manusia yang memayakan diri mereka, saya merasa hairan melihat sesetengah weblog muslimah, yang bertudung, yang menutup aurat, tidak segan silu pula untuk memaparkan gambar masing-masing. Tiadalah terlalu salah untuk memaparkan gambar anda, ya muslimah sekalian, namun, sayangnya, anda terlupa bahawa gambar yang anda posting itu adalah gambar sebesar skrin 17 inci! Setiap butir jerawat dan bulu halus di muka anda terpampang rapi!
MUSLIMAH & GAMBAR : ADA APA DENGANNYA?
Tidaklah tujuan saya mengaibkan kalian. Saya adalah rakan kamu. Sahabat kamu. Yang enggan melihat wajah-wajah anda itu, dipaparkan sewenang-wenangnya kepada orang. Biarpun wajah bukan aurat mengikut sesetengah mazhab, namun tatkala fitnah mengundang, tidakkah ia melayakkan ianya ditutup dari pandangan umum?
Muslimahku,
Dunia internet semakin berkembang maju. Satu hari, satu weblog, mungkin berjuta-juta orang yang melihatnya setiap hari. Di kalangan mereka ada yang bagus, yang menundukkan pandangan selaras firman Allah dalam Surah An-Nur “Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan.” Namun, kita harus akui, bahawa di kalangan jutaan orang itu, ada yang hatinya sakit, ada yang jiwanya perit menanggung kesakitan akibat terlihat wajah-wajah kamu biarpun kamu bertudung litup.

Muslimahku,
Kalau kita lihat dunia gambar bukan main maju lagi. Dahulu, cuma setakat kamera yang perlu dicuci gambarnya. Kini, telefon juga menjadi kamera. Kamera pula lebih dahsyat, lebih instant, sesegera mee segera yang sama kerosakan yang dibawanya, penyakit hati.
Alangkah malangnya, kalau wajah-wajah anda yang terpamer itu, mengundang gejolak rasa di jiwa insan bernama lelaki, yang beriman akan beristighfar dan memujuk hati, manakala yang sakit jiwanya, akan mula mengganggu anda. Mula memburu anda dengan SMS, telefon, hatta mungkin mendekati anda, dengan tujuan memiliki anda….Hanya kerana satu kesilapan yang mungkin anda tidak terniat, wajah anda terpampang besar di internet!
Gambar adalah bayangan realiti. Namun mungkin juga ia fantasi. Kadangkala tertipu juga lelaki pada fantasi Photoshop, Fireworks dan seribu satu pengedit gambar lagi. Kalau itu memang tujuan anda, anda tanggung sendirilah. Tapi kalau niat anda cuma berkongsi, dengan tanpa sedar mengajak fitnah bertandang, maka amaran saya, hati-hatilah!

PENYELESAIANNYA….
Andalah sahaja yang mampu menyelesaikannya. Bukan orang lain. Diri anda, andalah yang harus menjaganya. Apa tujuan anda bertudung dan menutup aurat? Bukankah kehendak syariat dan ingin menutup pandangan orang kepadamu? Maka, soalan saya, menundukkan pandangan bukan kehendak syariatkah? Memaparkan wajah anda besar-besar menutup pandangan orang terhadap andakah?

Kerana weblog-weblog dan web foto itu milik anda, seharusnyalah anda kecilkan wajah-wajah anda dengan mengecilkan saiz gambar itu. Banyak cara boleh dilakukan menggunakan perisian pengedit gambar. Belajarlah daripada yang tahu. Hindarkanlah aksi-aksi dan posing-posing yang hanya akan menambahkan lagi kerosakan jiwa masyarakat. Sekiranya niat anda hanya ingin berkongsi dengan rakan muslimah anda, lakukanlah secara tertutup. Elakkan posting yang boleh dilihat oleh segala macam jenis orang. Kalau lebih mudah, anda kirim saja emel bergambar pada rakan muslimah anda itu.
Ingat, wajah anda, anugerah Allah. Anugerah Allah itu hanya layak dilihat berkali-kali oleh yang layak sahaja.
Wallahu A’lam..
Dipetik daripada :

Thursday 15 May 2008

sambuan Hari Murabbi MUSLEH 2008

Salam,

Kepada yang bertugas sebagai Guru, Cikgu, Pengajar, Muallim, Muallimah, termasuk yang telah bersara dari jawatan tersebut, kita semua warga AHHA-Group mengucapkan Selamat Menyambut Hari Guru yang jatuh pada hari ini 16hb Mei 2008 bersamaan 11 Jamadil Awal 1429Hijrah.

Adakah Ibu-bapa termasuk dalam golongan Guru? Jika ibu-bapa mendidik anak-anak secara rasmi dan tidak rasmi maka dia patut digelar Guru. Tetapi kalau ibu-bapa bertugas sebagai guru tetapi tidak memdidik anak-anak bolehkah dia dipanggil Guru?


Mari kita hormati para Guru.

Selamat Hari Guru kepada semua Guru Sek Keb Dewan Beta,SMKDewan Beta, SMTDungun, PLKN Damai Park Resort,Teacher2 Cambridge Learning Centre dan juga Lecture2 UiTM Pulau Pinang , terima kasih jazakumullah hu khairan kathiran kepada antum semua, semoga sumbangan bakti mendidik kami diberkati Allah SWT, semoga kehidupan antum dan
keluarga diredhai Allah SWT.

Sama2 lah kita saksikan pengorbanan Guru kita...

Wednesday 14 May 2008

Al-Quran (explorer)

Assalamualaikum....

Alhamdulillah didalam internet pun terdapat AlQuran....
so sapa2 yg nak mengaji AlQuran melalui internet sambil2 tunggu download citer ker apa2 ker... boleh lah melayari http://quranexplorer.com/quran/

Jom kita sama2 memafaatkan AlQuran Kalam ALLAH....
Walaupun dimana Kita Jua...
P/s Bagitahulah kepada Sahabat2 Anda...

Wassalam....

Monday 12 May 2008

Adeq Sharlinie


Salam.....
adeq Sharlie sudah lama hilang sekarang nie masih lagi belum jumpa... sama-sama lah kita berdoa agak adeq sharlinie dijumpai dalam keadaan selamat..
jika sesiapa yang ternampak atau terjumpa adeq sharlinie
hubungi segera di talian yang tertera....

Sunday 11 May 2008

Nilai Tudung Wanita: Tudung di Luar & di Dalam

Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki. Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita. Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum.

Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia. Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.

Tidak lengkap dan sempurna. Malah menambahkan FITNAH !!

Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini. Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.

Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.

Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung? Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya. Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi. Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka. Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain.

Tudung di Luar dan Dalam

Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian. Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri. Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati). Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati. Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah

Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran. Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain. Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki. Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada' dan qadar dari Allah. Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam.

Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah. Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful." Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.

WELCOME....

Selamat datang ke blogspot AHHA-Group...

Blog AHHA-Group ini merupakan langkah awal dalam membentukan satu persatuaan yang diberi nama AHHA-Group (kumpulan Ahmad Hawari Bin Husain Bin Hassan Bin Abdullah)
didalam AHHA-Group terbahagi kepada beberapa department seperti....
Department :
AHHA_Bizz
AHHA_Dakwah
AHHA_Perihatin
AHHA_Member
AHHA_Family
AHHA_Biasiswa (akan ada)
dan banyak lagi......

Antara ahli2 yang akan diambik adalah dari kalangan Keluarga(talian darah), Guru2(tenaga pengajar),Sahabat2, dan Rakan2 yang dipilih sendiri oleh pihak Manager of AHHA-Group.
Seperti:
Sek.Keb. Dewan Beta, Kelantan (1996 - 2001)
Sek.Men.Keb. Dewan Beta, Kelantan (2002 - 2004)
Sek.Men. Teknik Dungun, Terengganu (2005 - 2006)
Kem Damai Park Resort, Merbok, Kedah (Jan 2007 - Mac 2007)
Universiti Teknologi MARA Pulau Pinang (Julai 2007 - Till)

sesamalah kita menjayakan AHHA-Group....
Sekarang ni AHHA-Group dalam proses Membangun...

wassalam....

Ahmad Hawari Bin Husain
Manager of AHHA-Group